Saya
menulis warkah ini dari Nazareth, Israel. Daerah ini sangat relevan dalam sejarah
kepercayaan kita disebabkan beberapa hal yang saya ingin terangkan.
Pertama
sekali, berdasarkan Injil Lukas, kita tahu bahawa inilah lokasi di mana
malaikat Gabriel memberi pesan Tuhan kepada seorang perawan yang bernama Maria
bahawa dia akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak lelaki yang bernama
YESUS.
Galilea
yang terletak di daerah Nazareth juga adalah tempat Yesus membesar. Dia melalui
sebahagian besar zaman kanak-kanakNya serta zaman dewasaNya di sini. Kita boleh
katakan bahawa Nazareth adalah kampong halaman Yesus. Walaupun Dia dilahirkan
di Betlehem dan dimuliakan di Yerusalem, Yesus digelarkan sebanyak 17 kali di
dalam Injil sebagai - Yesus dari Nazareth (Jesus of Nazareth) Bahkan,
sewaktu Dia disalibkan, terpasang tulisan ini dalam 3 bahasa, Latin, Yunani dan
Ibrani – IESUS NAZARENUS REX IUDAEORUM – YESUS DARI NAZARETH, RAJA ORANG
YAHUDI.
Nazareth
menjadi mahsyur sampai ke hari ini kerana Yesus. Tetapi kampungNya sendiri
menolakNya. Pertama kali Dia berkhutbah di Nazareth (Luk.4:16-30), mereka nyaris
membunuhNya! Yesus dianiayai orang kampungNya sendiri!
Pelayanan
Tuhan Yesus yang disertai dengan kuasa Roh Kudus yang tidak terbatas, dengan
tanda mukjizat dan keajaiban yang luar biasa di mana-mana saja Dia pergi,
tetapi tidak begitu di Nazaret. Markus 6:5 mengatakan ini, “Ia TIDAK DAPAT mengadakan satu mukjizatpun
di sana…”
Perhatikan
ayat itu baik-baik. Bukan Yesus TIDAK MAU, tetapi Dia TIDAK DAPAT menyalurkan kuasa Roh Kudus
di Nazareth! Kenapa?
Pada
mulanya di ayat 2, orang di Nazaret sangat terpegun dengan hikmat dan
kebijaksanaan dari Yesus serta kagum dengan mukjizat-mukjizat yang dilakukan
oleh tanganNya! Tetapi setelah mereka mulai menilai Yesus secara lahiriah,
iaitu, Yesus seorang tukang kayu, anak Mariam, saudara Yakobus, Yoses, Yudas
& Simon…mereka terus tidak mahu percaya kepadaNya!
Apa
yang boleh kita dapat daripada renungan ini? Kebanyakan kita menjadi orang
Kristian sejak lahir, dan sangat terbiasa dengan kisah-kisah dari injil. Sejak
sekolah minggu, kita dapat menceritakan perbuatan-perbuatan ajaib Yesus seperti
mukjizat 5 roti dan 2 ikan, insiden Yesus berjalan di atas air, bagaimana Dia membuka
mata yang buta, telinga yang tuli, dan lain-lain lagi.
Jika
keajaiban Tuhan Yesus menjadi sesuatu yang biasa-biasa bagi kita, AWAS!
Kalau hati kita tidak lagi berkobar-kobar dan bersemangat mendengar kesaksian
Tuhan Yesus, BAHAYA! Kalau kita malu mengaku Yesus di depan orang, TENAT!
Janganlah
‘gereja’ menjadi satu lagi ‘Nazareth’ buat Dia. Marilah kita percaya dan terus
percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Pemilik segala yang ada, dan di atas
namaNya, semua lutut akan bertelut dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus
adalah Tuhan!
GBU
Rev Victor
Nazareth,
Israel
27th
Sept 2012